
|
Bonjour!
Tagboard
Put your cbox or shoutmix code here
My Melody Visit dem' The Mastermind |
cara-cara berbuka puasa dengan tertib dan benar.. :)
renung-renungkan dan selamat beramal!!marilah kita baca sama2...ikutlah petunjuk yang benar ini.. (Dipetik dan diedit dari buku karangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Adab - adab al - Ifthar Menurut as - Sunnah terbitan S.E Enterprise, cetakan pertama, tahun 1997 / 1417 H) Pertama Menyegerakan Berbuka Apabila Telah Masuk Waktunya (Ta'jiil al - Ifthar) Daripada Sahl bin Sa'id r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:"Sentiasa manusia akan berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa" (Riwayat al - Bukhari dan Muslim) Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sabda Rasulullah SAW:"Telah berfirman ALLAH Azza Wajal: Yang paling Aku kasihi di kalangan hamba - hamba Ku ialah yang paling menyegerakan berbuka di kalangan mereka (Hadith Qudsi, Riwayat at - Tirmidzi, katanya: Hadith ini Hasan) Kedua Berbuka Puasa dengan Rutob atau Tamar atau air Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi kurma kering dan ianya lembut serta manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering (Mu'jam al - Wasit) Daripada Anas r.a, beliau telah berkata: Adalah Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum baginda bersolat dengan beberapa biji rutob, sekiranya tidak ada rutob, maka dengan beberapa biji tamar (3 biji), sekiranya tidak ada tamar, maka baginda minum perlahan - lahan beberapa teguk air (Riwayat Abu Daud, at - Tirmidzi, katanya: Hadith ini hasan dan al - Imam Ahmad dengan sanad yang sahih) Berdasarkan hadith di atas, baginda SAW berbuka mengikut tertib. Sekiranya di sisi baginda ada rutob, baginda mulakan dengan rutob dan begitulah seterusnya. Mengikut tertib ini akan diberi ganjaran pahala kerana mengikut Sunnah baginda SAW. Daripada Salman b 'Amir al - Dhobbi r.a: daripada Nabi SAW sabda baginda: "Apabila seseorang kamu berbuka puasa maka hendaklah ia berbuka dengan tamar kerana ianya barakah, sekiranya tidak ada maka berbukalah dengan air kerana ianya bersih" (Riwayat Abu Daud dan at - Tirmidzi, katanya: Hadith ini Hasan Sahih) Ketiga Menyegerakan Solat Maghrib selepas berbuka (dengan tamar atau air) sekiranya makanan belum dihidang Selepas berbuka dengan rutob/tamar/air (makanan yang ringan), maka Nabi SAW segera menunuaikan solat Maghrib. Akan tetapi, ini hanya berlaku sekiranya makanan (berat) belum terhidang.Sekiranya makanan (berat) sudah terhidang, makhruh kita meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Daripada Anas b Malik r.a: bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Apabila telah dihidangkan makanan, maka mulailah dengannya (makanan) sebelum kamu bersolat Maghrib dan jangan kamu tergopoh - gapah terhadap makanan kamu" (Riwayat al - Bukhari dan Muslim) Daripada 'Abdullah bin 'Umar r.a, sabda Nabi SAW:"Apabila diletakkan hidangan kamu dan solat pun didirikan maka mulailah dengan hidangan, dan jangan kamu tergopoh - gapah (ketika makan) sehinggalah selesai (makan)...Dan adalah Ibn 'Umar diletakkan untuknya makanan sementara solat pun dididrikan maka beliau tidak mendatangi (solat) sehingga selesai (makan) sedangkan beliau mendengar bacaan imam" (Riwayat al - Bukhari dan Muslim) Ini tidak bererti kita disuruh mementingkan makanan daripada solat tetapi sebaliknya untuk menjaga kesempurnaan solat dan inilah bukti Islam datang mengajar manusia sesuai dengan fitrah. Al - Imam Ibn Hajar al - 'Asqalani (wafat 852 H) dalam Fath al - Baari menaqalkan kata Ibn Jauzi:"Ada orang menyangka bahawa ini (mendahulukan makanan sebelum solat) adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas Tuhan, sebenarnya bukan demikian, tetapi ini ialah menjaga hak ALLAH agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan hati yang penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat r.a) adalah sedikit dan kebiasaanya tidak memutuskan mereka daripada mengikuti jama'ah (solat)" |